Saturday, June 16, 2012

Kerja Khusus SeJarah PMR 2012

ELEMEN 2
Cara tulis hasil kajian

Tajuk kajian

Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang

2 . senarai kandungan

(Bil) Perkara
(1)Tajuk kajian
(2)Senarai kandungan
(3)Penghargaan
(4) Objektif kajian
(5) Kaedah kajian
(6) Hasil kajian
6.1. maklumat asas produk
6.2. latar belakang
6.3.kaedah / cara penghasilan
6.4. perkembangan produk

(7)Rumusan
(8)Lampiran
(9)Rujukan

3 .Penghargaan

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bin Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu Bin Harun dan Khamis Bin Syawal kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.

4 . Objektif kajian
1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

5 . Kaedah kajian

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .
3. Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada pukul 2.30 petang di lokasi XXXX.
4. Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

6 . Hasil kajian

a . maklumat asas produk tempatan

i. nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah dan pisang lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
- contoh barang keluaran lain ( kalau ada )

ii. kategori 

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan iaitu kerepek pisang.

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat ABC ini mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal ( tuan punya ) perusahaan kerepek pisang ini.

iv. Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.

- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu tapi detail sikit .

b . latar belakang
i. sejarah kewujudan

(penerangan saya - bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )

Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
- kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunakan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi

Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segixxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

- phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
- kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja
- kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan
- lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
- nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

iv. tujuan / kepentingan produk

- ( penerangan saya ) kenapa produk dijual
- kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan / syarikat pemaju/ kilang

Contoh huraian
Kerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di beberapa kawasan di sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart dan Nirwana. Pengusaha membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu. Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan harga RM 4.00.
Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam jumlah pesanan yang agak sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.
( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )

kaedah / cara penghasilan

i. tenaga kerja
- berapa tenaga kerja diperlukan
- adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM 600 ke RM 900 )
- bilangan pekerja/ umur / jantina
- sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )
- kemahiran yang ada pada pekerja
- kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman berapa tahun bekerja
- pekerja sepenuh masa / separuh masa
contoh
- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu dalam penghasilan kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu kerja –kerja pengeluaran daripada awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat dan berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan bekerja daripada pukul 8.00 hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik A bin B tidak bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam kesemua proses pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkannya. Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang mentah.

ii. senarai bahan yang digunakan

- bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.
Contoh

- Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut bagi menyiapkan satu pengeluaran / sehari
- Pisang tanduk – 50 kg
- Minyak masak – 5 kg
- Garam – 200 gm
- Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu
- Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan
- Tak perlu detail

iii. senarai peralatan
- bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
- Kuali -
- Tong gas – 1 unit
- Alat Tapisan – 2 unit
- Dulang – 10 unit
- Plastik –
- Mesin pemotong pisang

- ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua

iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan

- pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses iaitu
- aktiviti a
- aktiviti b
- aktiviti c
- aktiviti d
- buat gambar proses pengeluaran dijalankan
- sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran

Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan dibuang kulit luarnya dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit luar dibuang pisang tersebut akan direndam dengan air untuk membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-nipis. Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam lubang pada mesin pemotong pisang. Hasilanya akan mengeluarkan satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah kira-kira setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak dan garam . Tujuan garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah bagi menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam yang sesuai hendaklah dibuat supaya minyak bercampur garam tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin pelanggan tidak akan membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang seragam.

perkembangan produk
i. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh

sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

ii. cabaran / masalah yang dihadapi

Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah beliau pernah berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang. Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah permintaan dikurangkan oleh pembeli.
Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

iii. potensi produk
Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.


iv. perancangan masa hadapan

Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang panjang.

Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.

7 . rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasabermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

8 . lampiran
gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )
peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas sahaja
dokumen – lesen / photostat/ gambar lesen
bahan lain yang berkaitan 9 . rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

buku
Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbit
Contoh
Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

Jurnal
Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbit
Contoh
Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

Ensiklopedia
Tajuk, jilid, tahun terbit

Akhbar
Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

Orang sumber
Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

Melawat tempat kajian
Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

Majalah
Nama majalah, tarikh , tahun

Internet
http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )

Sunday, April 22, 2012

KERJA KURSUS GEOGRAFI TING 3 PERNIAGAAN RUNCIT 2012


Folio Perniagaan runcit  ini di ambil dari :http://smkpenghulusaad.wordpress.com


Bahan ini Hanya contoh, sila buka laman web sebenar untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan Parit Sulong.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.



(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
4) Pekan Parit Sulong ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.



PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]



(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual
 = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk _________
3) 
Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4) 
Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan 



(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.


8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.

2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk

- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.

3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan

- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk
.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain
.
5) menyediakan barangan segar

- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Unsur patriotisme


8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
1) Governan
Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.3) Infrastruktur- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.6) Kesesuaian waktu berniaga- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.

Unsur patriotisme


8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran

- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.

4. Kesesakan lalu lintas
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti

- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Unsur patriotisme


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga
.
2. Pengawalan harga

- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

4. Menyediakan kemudahan asas

- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Unsur patriotisme


- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

(Nombor 9) RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.

  1. Gambar / foto yang berkaitan
  2. Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet


(Nombor 11). PENILAIAN UMUM
Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan
Jenis Barangan
Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran


Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar minggu pekan Parit Sulong.
Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor (Tandakan 4 kesan utama)
Kesan
Tandakan
(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)


Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta mindauntuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Minggu pekan Parit Sulong.
Semoga subjek Geografi terus diminati dan tidak dipinggirkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...