Friday, February 18, 2011

lucy,kucing tertua didunia

RAMAI yang sukakan kucing untuk dijadikan binatang peliharaan.Namun kematiannya sering menimbulkan kesedihan.Ini kerana rata-rata kucingyang sihat hanya mampuhidup lebih kurang 15 hingga 20 tahun atau bersamaan 65 hingga 90 tahun bagi ukuran manusia.
             Antara kucing yang boleh dikatakan agak bernasib baik adalah lucy kerana mampu hidup selama 39 tahun sehingga kini yang mana bersamaan dengan 172 tahun untuk ukuran manusia.
             lucy yang tinggal dengan Bill Thomas,63 tahun dari Llanelli,wales selatan ini  tuli dan sedikit kaku pada waktu pagi.
             "Meskipun tuli,ia memiliki badan yang sihat .Ia masih mencari tikus setiap hari,"
ujar Bill.
            "kami sudah memeriksa sejarah lucy dan mendapati ia lahir diThomas Street,Llanelli pada tahun
1972.
            Kami telah bercakap dengan orang-orang lain yang boleh membuktikan pernah melihatnya ke kedai ikan pada awal 70-an,"tambah Bill lagi.
            Seorang jurucakap Guinness World Record mengatakan mereka masih tiada catatan untuk kucing tertua didunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...