Thursday, March 31, 2011

BIODATA IBLIS...

Nama: iblis Laknatullah.
Tempat Lahir:bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status:fasik kelas pertama.
Agama:kufur
Tempat tinggal di dunia:Di dalam hati mereka yang lalai.
Tempat tinggal di Akhirat:Neraka jahanam
Kawasan legarnya:setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.
Arah perjalanan:tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Isteri di dunia:setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.
Kaum kerabat:semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.
Modal pusingan:angan-angan kosong.
tempat pertemuan:pasar-pasar (pusat membeli belah)
Musuh ketat:Orang Islam yang beriman dan bertakwa.
Kegemaran:Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda dan menyesatkan.
Cita-cita/matlamat:supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam.
Kelemahannya:bila orang membaca istighfar.
Lambang:sebarang tatu.
Pejabat operasi:Tandas,bilik air,tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi:golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sumber:segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.
Perkhidmatan:Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.
Teman sejawat:orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.
Ganjaran:Dosa dan kemurkaan Allah.
Berkomunikasi dengan:orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,menghasut,pendengki dan pendendam.
Makanan Kegemaran:Daging orang mati,segala najis dan kotoran.
Yang ditakuti:orang mukmin yang bertakwa,beriman dan beramal.
Yang dibenci:orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Alat perangkap:Wanita cantik,model,pelacur dan seumpamanya.
Tempoh perkhidmatan:sehingga hari kiamat
Saat ajal:bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.
Yang disukai:homoseksual dan lesbian.
Janji-janji:janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya.
Yang membuatnya menangis:Bila orang sujud kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...